BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

VIDEO : Kesetiaan Anjing Mangsa Tsunami Jepun


- gambar hiasan -


Anjing itu berlari ke arah juru kamera yang sedang merakam kesan tsunami di kawasan Arahama,Sendai,Jepun. Tubuhnya yang kotor berlumpur menggigil kedinginan.Sorot matanya kelihatan bingung.




Anjing tersebut menggonggong ke arah kamera,anjing itu seperti menyuruh pergi ke seekor anjing lain yang terbaring cedera di antara runtuhan akibat gempa dan tsunami pada Jumaat 11 Mac 2011.

Seperti dimuat News.com.au,Jumaat 18 Mac 2011,anjing Spaniel yang memakai kalung perak ini nampak membangunkan kawannya itu.

Kemudian, anjing yang terluka mengangkat kepalanya dan bangun.Para reporter dalam rakaman itu berkata "Sangat ajaib bagaimana mereka (anjing) selamat dari gempa dahsyat dan tsunami."

Kedua anjing itu dilaporkan selamat.Anjing yang luka menjalani rawatan doktor haiwan di Mito,sementara anjing 'setiakawan' dirawat di kota yang sama.

Rakaman adengan mengharukan itu lantas tersebar di dunia maya.

"ini adalah kisah yang mengharukan tapi juga penting,kerana menunjukkan bahawa ikatan tak hanya terjadi antara anjing dengan manusia,tapi juga dengan sesamanya," kata profesor ekologi dan evolusi biologi University of Colorado, Boulder sekaligus anggota Animal Behavior Society, Marc Bekoff seperti dimuat LiveScience.


sumber
0 Komentar untuk "VIDEO : Kesetiaan Anjing Mangsa Tsunami Jepun"

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info