BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Umur 18 Tahun Tingginya Cuma 56cm


Junrey bersama keluarganya


Remaja berasal dari Filipina ini hanya mempunyai ketinggian 56cm,walaupun umurnya sudah mencecah angka 18! Junrey Balawing, bakal mencipta rekod sebagai orang terpendik di dunia di usia 18 tahun pada Jun akan datang.
Dengan ketinggian hanya 56cm,Junrey kelihatan seperti bayi kecil berusia 1 tahun.

Junrey lebih pendik 11 cm dari pemegang rekod orang terpendik di dunia,Khagendra Thapa Magar, 18 tahun.Magar memiliki tinggi 67 cm.

Junrey juga bakal mengalahkan lelaki terpendik di dunia yang sudah meninggal dunia, Gul Mohammed.Gul Mohammed berasal dari India dengan tinggi 57 cm.Gul Mohammed yang dikenali sebagai perokok tegar meninggal dunia di usia 40 pada tahun 1997.

Namun,dengan keadaan tubuh badannya yang kecil pergerakkan Junrey agak terbatas,dia sangat bergantung dengan ibunya,Concepcion 35 tahun.Concepcion menyedari ada kelainan ditumbuh Junrey ketika Junrey berusia dua tahun.Tetapi,doktor tdak dapat membantu.

Doktor hanya menyarankan agar Junrey memakan lebih banyak vitamin.Namun,kerana keadaan ekonomi keluarga yang kurang mampu,mereka tidak dapat memenuhi saran doktor.

Junrey tinggal di kampung yang berjarak satu jam dari bandar terdekat.Mereka tinggal 920 kilometer dari ibu kota Filipina, Manila.Ayah Junrey, Reynaldo, bekerja sebagai tukang besi dan hanya berada di rumah pada akhir bulan.

METRO.CO.UK| KODRAT [tempointeraktif.com]
3 Komentar untuk "Umur 18 Tahun Tingginya Cuma 56cm"

hello smua...


jom msuk blog ijam..hiks~~

kesiannya dia~
tp dorg blh plak buat rekod sume nie kan~
hopefully die dpt la duit utk diri n famili kan~

kenapa la tak minta bntuan huhu ^_^

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info