YANG UNIQUE

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Gempa Bumi Di Jepun Lebih Teruk Dari Perang Dunia ke-2



Mangsa yang meninggal dunia akibat gempa dan tsunami Jepun dianggarkan mencapai 10 ribu.Menurut Perdana Menteri Jepun,Naoto Kan,kejadian ini lebih teruk daripada keadaan Jepun setelah perang dunia kedua.

Di daerah Rikusentakata,yang merupakan kota pelabuhan,ada sekitar 20 ribu orang hilang dihanyut tsunami.Salah seorangnya penduduk Rikusentakata, Etsuko Koyama, berjaya menyelamatkan diri di tingkat tiga rumahnya.Tetapi dia kehilangan anak perempuannya.

Sementara itu menurut Jurucakap polis,Go Sugawara, di daerah Jepun bahagian selatan, di Prefektur Miyagi,dianggarkan lebih dari 10 ribu orang meninggal dunia.
Sampai saat ini baru 379 penduduk Miyagi yang secara rasmi disahkan meninggal dunia.

Sedangkan di kota Minamisanrikucho,10 ribu orang hilang setelah tsunami terjadi. Jumlah tersebut mencapai dua pertiga jumlah penduduk disana.

Keadaan ini mengakibatkan puluhan ribu warga Jepun yang selamat dari tsunami, sudah tiga hari mereka kekurangan air,elektrik dan makanan.Setidaknya 1,4 juta rumah tidak ada bekalan air dan 1,9 juta terputus bekalan elektrik
Semakin buruk setelah gempa terjadi,kerosakkan dialami dua reaktor nukear Jepun.

Suhu udara di sekitar Jepun juga menuju titik beku.keadaan ini memburukkan lagi penduduk Jepun yang berada di tempat perlindungan,dengan baju serta selimut yang tidak mencukupi.

sumber
0 Komentar untuk "Gempa Bumi Di Jepun Lebih Teruk Dari Perang Dunia ke-2"

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 YANG UNIQUE - All Rights Reserved
Template By Catatan Info