BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Loji Nuklear Fukushima Meletup



Pembangkit Elektrik Tenaga Nuklear di Fukushima,Jepun kembali meletup untuk ketiga kalinya.Ledakan demi ledakan dari sejumlah loji nuklear membuat keadaan pasca-bencana gempa dan tsunami di Jepun menjadi semakin buruk.

Ledakan di kawasan Fukushima Daiichi itu membuat sejumlah petugas dan team evakuasi menghalang dari berada di lokasi tersebut.

Meghalang para petugas itu pertanda bahawa keadaan semakin memburuk.Operator nuklear di kawasan Fukushima itu mengatakan bahawa tingkat radiasi sejak letupan ketiga di sekitar lokasi kejadian meningkat naik. Tetapi, level radiasi itu masih dalam keadaan selamat.

Para ahli dan pegawai di loji itu berupaya menutup kebocoran dari letupan ketiga itu dengan cara menggunakan air laut untuk proses pendinginan. Pemerintah Jepun sudah meminta bantuan Amerika Syarikat untuk mengirim peralatan penanganan kebocoran ini.

Itu adalah letupan hidrogen. Kami masih mengkaji apa penyebab letupan itu. Kami tidak yakin, letupan ketiga itu disebabkan kerosakkan sebelumnya," kata petugas keamanan PLTN.

Seperti diketahui, saat ini sudah lebih dari 180.000 orang telah dikuarantin dari berada di PLTN. Dan 160 orang dipercayai telah terkena radiasi radioaktif.

Loji nombor 1 dan 3 sudah meletup sebelumnya.Loji itu sudah dalam status darurat sejak Sabtu lalu, atau sehari setelah gempa bumi dan tsunami di pesisir timur laut Jepun. -vivanews.com
2 Komentar untuk "Loji Nuklear Fukushima Meletup"

http://hapipiborhan.blogspot.com/2011/03/tsunami-di-jepun-suatu-makna-tersirat.html

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info