Meadow adalah nama seekor anak lembu pertama di dunia yang mengunakan dua kaki belakang palsu agar boleh kembali berjalan normal.Kaki Meadow terpaksa dipotong kerana kedua kuku kakinya mengalami frostbite (membusuk akibat kebekuan ais).
Anak lembu itu yang kini berumur 11 bulan ditemukan pada Ogos lalu oleh Nancy Dickenson dan anaknya di sebuah ladang penggembalaan di timur laut New Mexico, Amerika Syarikat (AS).Saat ditemukan, Meadow nyaris tidak boleh berdiri kerana kedua kuku kaki belakangnya membusuk akibat kebekuan ais.Untuk menyelamatkan Meadow agar boleh berjalan normal,Dickenson pun membeli haiwan ternakkan dari pemiliknya dan segera membawa ke klinik haiwan berhampiran.
Doktor haiwan,dibantu mahasiswa Colorado State University,membuat pembedahan kedua kaki belakang Meadow dan menyiapkan kaki palsu yang sesuai dengan struktur tulang lembu.'Meadow merupakan lembu pertama di dunia yang memakai dua kaki palsu,' kata Robert Callan,doktor haiwan yang bertanggungjawab membuat pembedahan kaki Meadow.
Dickenson menyatakan harga pembedahan kaki palsu bagi Meadow mencapai ribuan dolar dan ditanggung penuh oleh dirinya dan keluarga.Nama Meadow yang bererti padang rumput ini diberikan Dickenson sesuai dengan lokasi saat lembu jenis black angus ini ditemukan.
Kini Meadow boleh berjalan dan menyesuaikan diri dengan haiwan ternakkan lain di Twin Willow,peternakan milik Dickenson.Ada penduduk bertanya apakah lembu itu akan dipotong untuk diambil dagingnya, Dickenson menjawab, 'Apakah Anda bergurau? Ini bayiku yang baru.'
0 Komentar untuk "Inilah Lembu Pertama Di Dunia Menggunakan Kaki Palsu"
terima kasih atas komen anda...