BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

"Duyung Kecil" akhirnya pergi buat selama-lamanya



Dilahirkan dengan keadaan kaki menyatu yang lebih dikenali dengan sindrom "puteri duyung Shiloh Pepin" gadis kecil yang berusia 10 tahun itupun akhirnya meninggal dunia kerana banyak kelainan yang ada dalam tubuhnya.Sebelumnya Shiloh juga pernah menjalani pembedahan ginjal dua kali dalam tahun 2007 untuk terus hidup.Shiloh dikenali melalui media mahupun internet,gadis kecil puteri duyung inipun pernah muncul dalam rancangan TV Oprah Winfrey sebagai tetamu untuk menceritakan kehidupannya.



sejak kelahiran Shiloh sudah mempunyai organ tubuhnya yang tidak normal ,dia tidak akan hidup lama,bahkan doktor mengatakan hanya bertahan beberapa hari saja.Namun semangat hidup dan perjuangannya untuk tetap hidup membuat Shiloh boleh bertahan hingga usianya 10 tahun.Dikutip ruanghati.com dari Discovery News menyebutkan keadaannya kritikal membuat Shiloh harus dirawat di Maine Medical Center untuk hampir seminggu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.



Dia dilahirkan dengan satu ginjal yang berfungsi,tidak memiliki usus besar dan organ penting kerana tubuh bahagian bawahnya menyatu.Beberapa kes seperti ini biasanya dilakukan pembedahan pemisahan kaki,namun hal tersebut tidak dilakukan terhadap Shiloh kerana sangat berisiko kerana pembuluh darahnya yang banyak dan menyatu sehingga berisiko sangat tinggi,sebelum meninggal Shiloh dirawat di ruangan antibiotik dan ventilator Maine Medical Center. (Discovery News by ruanghati)



sumber
8 Komentar untuk ""Duyung Kecil" akhirnya pergi buat selama-lamanya"

budak ni ada dalam buku sains tingkatan 4 rasanya...

1st time dgr psl diaa. thnks 4 info. :)

huhu kesian budak nih,nak buat mcm nih dah takdir dia ~

bagusla dia"pergi" dari terus menderita ;/

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info