YANG UNIQUE

Yang Unik Emang Syiokkk!!

[seram] Penampakan Lembaga Hitam Di Mersing

"Ada orang Mersing tak dekat sini? Seram tak baca tajuk atas tu? kalau tak seram sah sah la kau takda perasaan [huh].Rasanya cerita ni dah tersebar luas dekat dada akhbar."

MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.
Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.
Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
"Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

"Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.


-Jelas penampakan lembaga hitam


Psstt: Hati hati lah ye bila nak ambil gambar tuh,lagi lagi waktu malam [huhuhu]
10 Komentar untuk "[seram] Penampakan Lembaga Hitam Di Mersing"

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 YANG UNIQUE - All Rights Reserved
Template By Catatan Info