BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Andai aku sudah tiada

Untuk sahabat disayangi..


jika ku tak bangun esok pagi,
sahabatku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku sayangi.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sahabat lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.
sahabat tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
kasih sayangku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi......
9 Komentar untuk "Andai aku sudah tiada"

huwaa..sdeynye..camne kalo btol2 x bgn.huwaaa..takotnye

huhu..cedihnya..kpe nih,sape nk tgal sape nih..xnak la...huhu ;(

salam..jangan dok termenung..nanti jatuh pulak ye.....huhu

wah! sungguh puitis ayat2 di atas.... =)

ala, sedihnye.
kenapa nie akk.
sedih3

aaiiii....lagu apa ni...? :P

dear..ni bkn lagu,ni ayt.
yanie tuju kt kwn2 yanie huhu

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info