BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Alangkah indahnya hidup jika bertakwa

Hidup ini terlalu indah jika kita sentiasa bertakwa pada ALLAH,saling berbuat baik sesama makhluk Allah dan membahagiakan hati masing masing tanpa menyakitkan hati siapa siapa.
untuk sidia,cinta kita pula akan menjadi murni dan bahagia jika kita saling memahami.lebih elok sekiranya kita sering berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi hubungan kita.

Selepas solat maghrib tadi,berulangkali ku putarkan lagu Selimut Putih nyanyian kumpulan hijjaz.Tiba tiba hati ku menjadi sayu lalu ku menangis..

paling menyentuh perasaan bila menghayati baris lirik "sedarlah diri tahu diuntung..sebelum masa keranda diusung.Datang masanya insaflah diri..selimut putih membalut badan..tinggal semua yang dikasihi..berjuanglah hidup sepanjang zaman"

Ya,selama ni aku memang tak sedar diri tak tau diuntung diatas pelbagai anugerah nikmat diberi dan rahmat Allah yang melimpa ruah padaku.Kalau kita sedar diri tahu diuntung,tentulah kita sentiasa taat pada perintah ALLAH.Tapi sebagai manusia aku sering tidak terlepas dari membuat kesilapan.

Bila ingatkan saat kematian,betapa dasyatnya mati dalam keadaan nazak yang menyakitkan.Apabila roh nak keluar dari jasad,sakitnya tidak terperi..
Namun baris lirik" berjuanglah hidup sepanjang zaman"memperkuatkan semangatku untuk berjuang ke jalan Allah dan membayar segala dosa dosa yang pernah aku lakukan.

Aku sekarang memerlukan semangat untuk teruskan perjuangan.untuk teman teman ampun maaf andai ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.aku memerlukan masa untuk bersendirian.andai ada umur,satu hari nanti kita akan berjumpa.
doakan kebahagiaan ku...

ikhlas dari hati,
yanie j :)
4 Komentar untuk "Alangkah indahnya hidup jika bertakwa"

Pintu taubat takkan pernah tertutup. Bahkan semakin melebar luasnya. Cuma kita terlalu asyik dengan dunia.. Berjuanglah wahai sahabat, taubatlah berkali-kali.

Semoga Allah memberkati perjalanan hidupmu, begitu jua mJ.

insaf baca entry akk.
semoga kita menjadi org yg bertakwa :)

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info