BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

TIPS: MEMBENDUNG RASA TAKUT & GEMENTAR KETIKA BERUCAP

sekali lagi aku nak share tips yang agak berguna kepada korang.Tips ni amat-amat berguna dan boleh diguna pakai.Korang boleh la guna tips ni untuk mengelakkan "nervous".Terutama kepada student macam aku lah.Time presentation perasaan takut tuh mesti ada kan.so,dengan adanya tips ni dapat mengelakkan atau membendung perasaan takut korang tu.
ok, selamat mencuba!!!



1. First sekali korang kenalah berdoa kepada Tuhan agar korang diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
2. pastu Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah tuh dapat mengurangkan rasa gugup korang ketika berhadapan
dengan orang ramai.
3. Anggap khalayak sebagai rakan korang dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
4. Datang lebih awal ketempat korang berucap supaya korang dapat mengenali dan menguasai tempat.
5. Paling penting korang lemparkan senyuman atau mengangguk kerana dengan cara tu korang
tak rasa tertekan berbanding melihat muka-muka yang serius.
6.Yakinkan diri korang.Jangan tunjuk korang gementar dan tunjuk sikap positif dekat khayalak ramai.
7. Elakkan daripada memegang kertas kerana jika korang gementar ia akan nampak korang terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
gementar serta tertekan.
8.Belatih dan terus berlatih membuatkan korang lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
berlatih.
9.Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
muzik.
10.Bercakap dengan perlahan kerana jika korang berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan korang ingin cepat menghabiskan ucapan
selain memburukkan keadaan.
0 Komentar untuk "TIPS: MEMBENDUNG RASA TAKUT & GEMENTAR KETIKA BERUCAP"

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info