BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Kita, Facebook, dan Hukumnya

Ok,Hari ini sekali lagi aku nak share sesuatu dekat korang tapi bukan tips, ini satu info yang amat berguna.Korang dah baca kan title kat atas tu jadi tak payahlah aku terang satu persatu.Macam korang sedia maklum sekarang ni Facebook teramatlah popular berbanding dengan myspace,tagged,hi5,friendster dll tapi korang tau tak hukum dan kesan b'facebook ni?
oleh kerana aku ada terbaca sebuah artikel berkenaan dengan facebook,jadi tak salah aku share dengan korang semua.Mungkin ada dikalangan korang sudah baca artikel ini tapi yang belum membaca ni,marilah kita ambil iktibar dari artikel tersebut mungkin ada baik buruk b'facebook.


(Ini adalah ulasan dari artikel yang aku ambil dari www.syok.org)sila click
Syok.org.com
untuk artikel selanjutnya.

Jadi,apabila wujudnya pertalian dengan yahudi ini, muncullah pelbagai andaian dan 'hukum'. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh dan macam-macam lagi. untuk kali ini, elok rasanya untuk aku berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berkaitan 'hukum' menggunakan facebook ini. Untuk kali ini, aku rasa eloklah untuk sesiapa sahaja tidak kira la pengguna facebook atau tidak, untuk mengetahui jawapan dari orang yang lebih mengetahui.


Jawapan berkaitan persoalan ini aku ambil dari ruangan Bimbingan dari hmetro.

Sangat bagus kalau anda ada masa untuk membaca kesemua soal jawab ini.
Dan jika tiada masa sangat, yang penting bacalah pada bahagian kesimpulan

(Saya dalam ayat² dibawah merujuk kepada Ustz Zaharuddin Abdul Rahman, Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM )
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.
0 Komentar untuk "Kita, Facebook, dan Hukumnya"

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info