BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH?

Tadi aku terbaca sebuah artikel di web kesukaan aku.Artikel yang aku baca tak lain tak bukan "BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH?" seperti tajuk diatas.Agak terperanjat aku baca artikel tersebut.Mungkin aku ni agak kuno atau kurang berpengetahuan.Sekolah agama memang tinggi tapi bab-bab macam tu aku boleh tak tahu.Serius aku cakap aku memang tak tahu.
Artikel tersebut ada menulis bahawa Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang barubaru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjamjam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya. Andainya diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sedia ada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah siswazah yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama….?? Ini dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “…..Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim”"

Dan artikel tersebut ada jugak menulis "Wanita bersolek, alamat lemah mentalnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama”. Di zaman silam, amalan bermake-up – wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras – adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman moden ini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu"(al-Ahzab: 33)


Tapi bersolek untuk keyakinan diri tak salah kan tapi janganlah melampau teramat.
bersolek biasa-biasa sudahlah.Lagi satu pengurusan diri perlu ada pada setiap individu dan mereka punya cara sendiri tuk urus diri sendri.
bagi aku,bersolek untuk kearah kebaikan tak salah tapi yang bersolek untuk menunjuk-menunjuk itu menjadi salah.
Apa yang penting bersolek untuk suami lagi baik.suami akan sayang.Bak kata orang"semakin hari semakin sayang"
heheeee
0 Komentar untuk "BERSOLEK TANDA WANITA JAHILIYAH?"

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info