BLOG YANIEJ

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Alkisah si gadis hidup tanpa otak kanan

Gadis ini sangat luar biasa kerana masih hidup tanpa mempunyai otak kanan.



Gadis comel ini baru sahaja berumur 9tahun.Di usia sekecil itu,Cameron Mott harus kehilangan setengah organ otaknya dalam sebuah operasi radikal.Dia harus merelakan otak kanannya kerana mengidap sindrom Rasmussen yang dideritanya.

Sindroma Rasmussen mulai dikesan sejak Cameron berusia 3tahun.Penyakit ini merebak dan mematikan fungsi otak kanannya.Akibatnya,mengalami kekejangan dan gejala epilepsi hebat menghiasi hari-hari gadis kecil itu.

Atas persetujuan keluarga,Cameron menjalani pembedahan kepala untuk membuang otak kanannya.Tindakan berisiko tinggi dengan harapan hidup yang sangat tipis itu harus ditempuh demi menghentikan kekejangan dan epilepsi hebat yang selalu menyiksanya setiap waktu.



Sejak awal doktor telah mengatakan,seandainya pembedahan itu gagal kemungkinan besar akan mengalami koma dan lumpuh pada sisi kiri tubuhnya.Sebab, otak kanan adalah organ pengontrol tubuh bahagian kiri.

Namun ajaibnya, selepas pembedahan dan menjalani fisioterapi,Cameron boleh berlari, dan bermain,walaupun sedikit pincang dan kehilangan penglihatan tepi.Dia hanya menjalani rawatan di rumah sakit selama empat minggu.

Related Post

  • Kasut Adidas Facebook dan TwitterMungkin anda salah seorang pengguna laman sosial Facebook dan Twitter.Hampir setiap hari anda melayarinya.Rancangan kasu…
  • Jika Dunia Di Kuasai WanitaBagaimana dunia seandainya seluruh aspek kehidupan dikuasai oleh wanita? Tentu kerana selama ini selalu di nombor duakan…
  • Remote Control WanitaMungkin anda pernah menonton film Click yang dibintangi Ben Stiller,dimana dia boleh mengontrol kehidupannya dengan sebu…
  • Hospital Hello KittyMungkin anda kenal dengan karakter Hello Kitty,hampir semua anak perempuan dan semua perempuan suka dengan karakter yang…
  • Senapang Hello KittyKalau dah berkaitan dengan 'Hello Kitty' dan 'warna pink' sudah tentu disukai wanita.Selain itu,ada sesuatuu yang mungki…
4 Komentar untuk "Alkisah si gadis hidup tanpa otak kanan"

kuasa Tuhan
semua boleh terjadi
huhuu
lucky gurl
:)

sangat comel si kecil ini, sian dia menanggung derita...mudah2 dia sihat sepenuhnya...

comey budak nie..semoga dia sihat dan membesar dgn sempurna..

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 BLOG YANIEJ - All Rights Reserved
Template By Catatan Info