YANG UNIQUE

Yang Unik Emang Syiokkk!!

Gambar Pokok Kurma Berbuah Di Kota Bahru Kelantan





Gambar pokok kurma berbuah lebat di Kota Bharu Kelantan. Pokok kurma kebiasaannya jarang ditanam di Malaysia kerana keadaan iklim atau cuaca yang tidak mengizinkan di negara kita. Umum ketahui bahawa pokok kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu pasti tidak akan berbuah. Namun, berbeza di negeri Kelantan apabila pohon kurma dilihat tumbuh mekar di sekitar bandaraya Kota Bharu. Pada awalnya, pohon kurma ditanam oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 7 tahun lalu hanya sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan bandar KB sejajar gelaran Bandaraya Islam. Namun kini, ianya menjadi tumpuan orang ramai apabila beberapa pohon kurma dilihat berbuah dengan begitu lebat.

1 Komentar untuk "Gambar Pokok Kurma Berbuah Di Kota Bahru Kelantan"

Syukur. Tahniah KB. :-)

Bagi tinjauan lain-lain lokasi pepohon tamar berbuah di Malaysia, sila singgah ziarah ke pautan ini :

http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html

terima kasih atas komen anda...

 
Copyright © 2014 YANG UNIQUE - All Rights Reserved
Template By Catatan Info